Monday, May 23, 2011

SELamat TINGgal saHABAT (PZJ)

..terasa sebak meninggalkan kawan-kawan di tempat kerja lama... tapi nak buat macam mana.. ada orang tak suka aku bekerja di situ.. diharap pemergianku di PZJ semakin menceriakan hati mereka disana..

.. hanya 25 hari saje perjalanan hidupku di PZJ.. apa-apa pon a ku tak menyesal pon berhenti kerja kat situ sebab banyak kekurangan company tu.. daripada pengurusan sehinggalah kebersihan.. semua tak bagus..

.. bos pula macam-macam kerenah.. depan cakap lain.. belakang cakap lain.. dia ingat dia bagus..hahaha sikit pon tak la bos.. nak marah tak kira tempat.. depan pelanggan pon jadi.. kata professional..damn la you bos.. lebih baik aku berhenti daripada kerja dengan bos yang lidah bercabang-cabang..

.. tapi kawan-kawan di sana sangat best.. semua baik.. rindu kat mereka.. tapi mereka mampu bertahan kerja kat situ.. aku je yang tak tahan kerja kat situ.. harap-harap aku dapat kerja lain yang lebih baik.. INSYALLAH..

CINTa itu BUta

CINTA ITU BUTA : bila korang dikaburi dengan perangai baik si dia. Tengah hangat bercinta segala apa yang datang daripadanya elok belaka. bila hati dah terlukabarulah terasa nak bagi kaki kat muka dia.

CINTA ITU BUTA : bila segala harta dikongsi bersama, masa senang segalanya berdua. bila salah sorang dah jatuh papa kedana masa itu baru nak merana

CINTA ITU BUTA : bila jiwa dan raga semurah harga ikan laga , nafsu bergelora mulalah buat benda yang jatuhkan air muka keluarga.

CINTA ITU BUTA : bila dia sanggup lari dari keluarga yang bersusah payah membanting tulang membesarkannya.

CINTA ITU BUTA : bila agama dah jatuh nombor dua. segala lafaz yang keluar mulut pasangannya benar belaka hingga sanggup membelakangkan PENCIPTANYA.

Monday, May 16, 2011

doaKU kepadaMU

Ya Rab..
mgkin hati ini selalu lupa kepadaMu..
jiwa ini lemah tanpaMu..
Raga ini runtuh akan keegoisan..
hati ini selalu dihiasi kesenangan duniawi

dosaku..
dosaku bagaikan butiran pasir di pantai..
bagaikan gunung yang tinggi menjulang..

Ampuni aku Ya Rab..
Atas semua kesalahan yang aku lakukan ..
selama ini..
berikan aku kekuatan Ya Rab
untuk menjalani semua yang kau taqdirkan kepadaku
jika suatu saat aku dipangil olehMu..
ijinkan aku bisa bertaubat sebelum ajal menjemputku...
lindungi semua orang-orang yang aku sayangi...
terimakasih atas semua anugerah yang Engkau berikan kepadaku..

syuKRAN

JANGANLAH KAMU BIMBAMG ANDAI KAMU BELUM BERPASANGAN,TETAPI BIMBANGLAH ANDAI IMAN MU AKAN BERKURANGAN. JANGANLAH KAMU BIMBANG ANDAI KAMU TAK RUPAWAN ,TETAPI BIMBANGLAH ANDAI AKHLAK MU MURAHAN. KEJARLAH DAN CARILAH CINTA ALLAH ,NESCAYA ANDAI KAMU PEROLEHNYA,SELURUH MAKHLUK ALLAH AKAN MENYAYANGIMU:)

Bila Allah makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tak makbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu...
....Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang itu mendahului kemurkaanNYA.

Tuesday, May 10, 2011

hipoKRIT

Seperti yang kita tahu…hipokrit tu ialah…orang yang berpura2 ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka…atau buat2 baik tapi dalan hati sebenarnya tak suka. Mesti korang pernah jumpa orang camtu kan?

tapi penah tak terfikir…pernah tak terfikir kita sendiri pun pernah mengamalkan budaya hipokrit ini?

Hmm…tengoklah. Kita bising bila orang buat keje hipokrit kat kita…kita gitau orang lain. Cerita pasal keburukan orang lain kepada kawan2, dan compare diri dengan mengatakan “kalo aku jadi dia aku takkan buat camni camtu” atau “kalo aku marah pun takde la buat cam sekian sekian”. Kadang2 kita rasa diri kita lagi bagus daripada mangsa umpatan tersebut…

haa tu dia…kita yang bajet bagus ni pun mengumpat orang. Tak hipokrit ke tu? Dah jadi sama level dengan hipokrit tersebut. Kalau taknak jadi hipokrit baik diam je… tapi kalo diam je, camane nak selesaikan masalah? Nak bincang dengan sape? Nak ngadu kat sape? Kalo simpan dalam hati je bahaya. Nak taknak, terpaksa jugak kita luahkan.

So, kesimpulannya, setiap manusia tidak boleh lari daripada sifat hipokrit! Kadang2 kita tak sedar kita ter-jadi hipokrit…oleh itu…hati2 sikit bila panggil orang lain hipokrit. Cermin diri tu dulu. Tapi kalo nak panggil gak takde sape halang. Sekadar nak lepas geram lantak la apa ko nak kata. sebab aku pun gitu jugak. Aku panggil orang hipokrit dengan kesedaran aku ni hipokrit jugak kahahah.

Yeap, inilah buah fikiranku.


Sunday, May 1, 2011

suKA SUki kehIDUPan


Daripada mengutuk kegelapan, lebih baik ambil sebatang lilin dan nyalakan. Daripada meratapi keadaan, lebih baik melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan.